Friday, November 18, 2011

Muzium Negara, Kuala Lumpur

Muzium Negara Malaysia merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berhampiran Taman Tasik Perdana. Muzium Negara mempunyai reka bentuk seakan-akan Rumah Gadang, salah satu reka bentuk Minangkabau, namun, ia juga mempunyai ciri-ciri seperti bangunan Istana Melayu tradisional di negeri Terengganu dan digabungkan citarasa moden. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963.
Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan mural yang diperbuat dari mozek yang besar.
Muzium ini memuatkan banyak barangan bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya ini terdapat banyak galeri yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malaysia, misalnya, orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India, barang-barang seni, tembikar, kegiatan ekonomi, flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment